Sawadikap! Entri kali ni aku nak cerita trip ke Thailand! Welcome aboard!
So pada 27 Oktober 2019, tahun lalu, kami bergerak ke Bukit Kayu Hitam untuk ke seberang. Planned masuk ikut Padang Besar, tapi sebab takut tak sempat sampai untuk naik train akhir ke sana, jadi kami seberang melalui BKH. Ayat lain macam betul 😂 yang ni InshaAllah aku ingat details sebab ni antara program yang paling relaks dan having so much joy. Memandangkan hari ke Thailand tu aku memang kat Kedah, so dekatlah untuk ke BKH berbanding team aku yang lain sebab dorang dari UPSI.
27 Okt 2019
Hari pertama, kami menginap di The Regency Hotel, Hatyai. So untuk petang, kami ke Floating Market for CSR. Dah habis kutip sampah semua, apa lagi makan lah puas-puas disana. Dan terus ke Asean Market. Pun sama, makan dan makan 😂 Dah puas kat situ, kami bergerak pulang ke hotel untuk rehat tetapiiii takkan lah datang jauh-jauh nak lepak bilik je yedok? Kebetulan depan hotel masa tu ada pasar malam. Yang lain semua kepenatan dan masing-masing rehat je malam tu. Tapi aku, member aku sorang and sorang felo lelaki, kami jalan-jalan pusing pasar malam. Meriah hawauu dan macam biasa, situ pun makan, makan dan makan lagi. Kami lepak kat situ sampai pasar malam tutuplah haaa punya lama lepak. Dah kenyang like real kenyang baru lah naik bilik.
28 Okt 2019
Hari kedua kami bergerak ke Pattani, Thailand. Program yang sebetulnya adalah disana.
Untuk breakfast, kami ke Pekan Hatyai dan makan di Dimsum Chabura. Okay, this is the moment yang paling aku suka. Sebab masa ni nak makan banyak mana pun dipersilakan. Jadi aku duduk satu table dengan geng lelaki. You know lah lelaki kan memang makan banyak 😏 Satu table tu ada 8 orang which is 2 perempuan dan 6 lelaki. Senang cerita, 8 orang ni memang kuat makan. First, kami duduk di meja bulat but then masing-masing macam "Geng, kita kena duduk meja panjang", dan kami semua pindah ke meja tersebut. But guess what, still tak cukup ruang untuk letak makanan. Makanan yang kami order tu sampai terpaksa susun kerusi di sekeliling meja kami untuk letak makanan 😂😂😂 masing-masing order ikut nafsu, haa macam tu lah jadinya. And yes masa tu memang kami semua dah tak kisah apa orang nak cakap. Janji kami happy dan kenyang. It turns out, untuk group yang pergi ni meja kami paling mahal dan paling banyak order makan 😂 jadi total kami makan around RM 700+ 😲 untuk 96 mangkuk dimsum, 3 jenis nasi, 5 jenis roti, 3 jenis spaghetti, 2 jenis tomyam dan sup, 8 jenis air minuman dan few plates yang aku tak ingat. Dan semua ni dimakan oleh 8 orang 😋
Dah kenyang, kami bergerak ke Chang Puak Camp Damneonsaduak untuk tengok elephant (bagi makan/naik), harimau putih? dan macam-macam lagilah. Tapi kami hanya bagi makan gajah je sebab semua tak sanggup ride the elephants.
After few hours, kami ke masjid yang famous amos tentang pembinaannya. Dubbed Thailand's Taj Mahal iaitu Central Mosque of Songkhla. Masjid ni lawa sangat-sangat. Sayang tak dapat ambil gambar dari depan sebab masa kami sampai tu dah hujan.
Then, kami ke Songkhla City dan ke Samila Beach. Samila beach ni korang boleh ride kuda. Aku teringin nak ride, tapi sebab masa tu hujan and time limited so member aku dua orang je sempat ride. It's okay.
Kemudian kami singgah makan yang nama kedainya memang aku tak tahu sebab signboard kedai tak bertulis in Malay or Eng 😂 yang pasti makan malam tu kami ber-BBQ dan yes macam biasa satu table dengan geng lelaki. Sebab yang pergi ni tak ramai lelaki so yeah. Kenyang sangat sangat makan ni pun. Aku rasa hari ni memang hari makan sedunia. Asyik makan, makan, makan dan makan 😂
Seterusnya kami teruskan perjalanan ke Fatoni Uni. Masa sampai ni dah memang lewat malam, so memang sepatutnya terus rehat je. But guess what? Few of us went to the FU mart untuk makan bingsu dan few other foods. Memang hidup untuk makan pun, kan? Hahaha
29 Okt 2019
After breakfast di FU, kami bergerak ke Perkampungan Bangpu untuk aktiviti seterusnya. Sebelum sampai, kami singgah Masjid Kerisek yang terkenal dengan sejarahnya dulu. Boleh google untuk tahu lebih details. Setibanya kami di Bangpu, kami ke persisir sungai yang tembus laut yang aku tak tahu namanya tapi area situ jugak. Rancangnya nak kutip lokan tapi air naik tinggi, jadi kami hanya pusing sekitar. Subhanallah, cantik sangat-sangat kawasannya dan bersih.
Selesai pusing kawasan, kami makan di kedai berdekatan. Sedap weh makan situ. Dan macam biasa, pun makan banyak. Aku tukang habiskan murtabak 😂 Murtabak dia sedap sangat-sangat that I can't stop eating. Habis je tu, makan ice-cream pulak. Ya Allah, nafsu apa niii
Then, kami mulakan aktiviti CSR kami di kawasan perkampungan tu. Masjid kat kampung tu tengah renovate, besar sangattt dan memandangkan masjidnya besar, jadi kami berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan bersihkan bahagian dalam which is my team, dan satu team lagi bersihkan store dan kawasan luar. Thanks to the Bangpu Amazing Tour!!!
Settled CSR. Kami bergerak pulang ke FU untuk Dinner with Alumni UPSI Chapter Thailand. Hm, dinner kan? Makan lagiii. After dinner, ada antara kami yang memang dah tak larat sangat dan memilih untuk rehat dan tidur. Lagipun masa tu dah pagi ye geng, pagi buta tapi few of us, macam yang semalamnya, kami lepak di FU Mart for fresh up 😂 can I just skip this part? 😄
|
Di Masjid Kerisek |
|
Tengoklah kegigihan kami untuk dapat penuh board tu dalam gambar |
|
Inilah hasilnya |
|
Kami tak ramai, tapi kami ada |
30 Okt 2019
Tibalah masa untuk pulang ke Tanah Air! Okay, so macam biasa sebelum balik ambillah gambar dulu bersama pelajar dan Alumni FU. Kami bergerak ke Hatyai semula memandangkan ada yang kata nak shopping sebab tak sempat shopping masa first day tu. Jadi, kita ikut jelahhh.
On the way ke Hatyai, kami singgah di gas station. Kat situ I'd gave a try at Amazon Cafe. Ordered Latte Amazon Frappe and White Choc Macchiato. Sedap weiiiiiiiii I also gave a try on Meiji Milk Hokkaido Cheese Tart flavor. Ya Allah menyesal beli satu botol je. Sedap sangat sangattttt 😋😍 and few foods yang tak ada kat 7e Malaysia. Dan semuanya sedapppp
Lepastu, kami singgah lunch di Kai Tod Decha'. Pun macam biasa, banyak gila makan. Program ni sepatutnya tema Explore the Nature & Culture AND FOOOOOOOD! Dah kenyang makan, tibalah masa untuk menghabiskan duit.
Kami laburkan duit di Kimyong Market' Hatyai. The last pit stop there. Dan seterusnya ke Dannok untuk pulang.
In conclusion, aku suka sangat program ni as you see (read) above there 😆 Makan, makan, makan dan makan lagi. Aku tak tahu dah nak cakap macam mana, untuk lebih fun, bolehlah layan highlight ig story aku untuk trip ni.
Another moment to remember 💖