Okay, so today aku nak cerita what happened last semester which is semester 5. Starting semester 5, aku sibuk sangat-sangat sebab unexpected things happened. Kalau uolls baca entri aku sebelum ni, aku Rakan Exco UKLK dan Exco Psych Comm. But masuk je semester 5, aku naik MMK UKLK dan memandangkan MMK itself dah busy like crazy so aku tarik diri from Psych Comm.
So semester 5 aku sangat sibuk. Setiap malam meeting program, meeting induk, meeting mingguan dan macam-macam lagi termasuklah program kursus aku sendiri. Sangat-sangat busy but Alhamdulillah I managed it well!
Semester 5 sebagai MMK bermula dengan program besar iaitu Off-Campus Festival. Program ni lah yang buat kami semua sibuk pagi-petang-malam dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun program besar ni merupakan program pertama kami bersama dan program paling besar di universiti.
Aku uruskan artis sepanjang 4 hari program. Pengalaman yang sangat berharga. Faham-faham sendiri lah bila berurusan dengan artis ni macam-macam hal lah yang kena hadap. Si artis cenggitu, si manager cenggini. Ada sampai satu tahap aku sendiri fed-up uruskan artis 😂 tapi disebabkan semua percayakan aku untuk uruskan jemputan artis dan segala perkara yang melibatkan artis, jadi aku cuba sebaik mungkin.
Program ni banyak sangat cabaran dan halangan. Bayangkan sepanjang program, hujan-panas-hujan-panas, dengan penggerainya yang gitu, dengan pesertanya gini, dan macam-macam lagilah. Alhamdulillah setelah penat lelah, bertungkus-lumus akhirnya program berjalan dengan lancar dan berakhir dengan sangat sangat baikkk Maaf tak mampu cerita dengan details sebab aku sendiri pun dah tak berapa ingat pasal program ni, maklumlah sekarang dah semester 6 dan banyak sangat program sepanjang semester 5, jadi ingatan pun kureeng sikitlah 😁
Not gonna bebel banyak, here's some photos taken randomly. Gambar tak banyak sebab format phone hari tu and terlupa back-up huhu