Pengalaman di Tasik Banding Royal Belum

 Guten tag! Lama sudah rasanya tak menulis. Entri kali ini aku nak cerita tentang pengalaman selama 3 hari 2 malam di houseboat Tasik Banding, Royal Belum. Pada aku, ini merupakan program paling seronok dan bermakna sepanjang semester 6. Sepanjang disana, handphone tidak berfungsi memandangkan line coverage tiada. Sebab inilah aku cakap seronok, phone hanya untuk mengambil gambar. Okay, jom aku cerita.

12 Februari 2020, iaitu sebelum PKP bermula, aku dan team bergerak ke Tasik Banding untuk program Back to Nature. Untuk hari pertama, tak banyak yang berlaku. Dari pagi sampai zohor, perjalanan kami ke sana. Setibanya di jeti sekitar jam 4 petang, kami menaiki houseboat dan menuju ke perkampungan Orang Asli. Dari jeti ke perkampungan tersebut mengambil masa lebih kurang 4-5 jam, dan perjalanan hanya separuh jalan pada petang itu memandangkan hari sudah lewat. Pada jam 6 petang kami hanya berhenti di satu kawasan, dan mandi tasik. Ada antara kami yang memasak di dapur, ada juga yang berehat di bilik dan memancing. Suasana masa tu sangat meriah. 

Selepas jamak maghrib, kami makan malam dan melakukan berberapa aktiviti bersama. Aktiviti malam itu lebih kepada sharing knowledge tentang program yang telah dilaksanakan and we were played few games. Tepat jam 10 malam, masing-masing dibenarkan melakukan hal masing-masing. Ada antara kami yang sudah pun masuk tidur, ada yang seronok berkaraoke, ada juga yang bermain werewolf, ada yang memancing dan ada juga yang sekadar menikmati hening malam. Sangatlah happening. Aku turut serta bermain werewolf. Kami lah yang paling meriah. Setelah penat bermain dan bergaduh, kami masuk tidur.


Hari kedua, kami meneruskan perjalanan ke perkampungan Orang Asli suku kaum Jahai. Seronok dan menarik mendengar budaya mereka disana. 

 

 


Selesai program disana, kami terus ke Air Terjun Sungai Kooi. Nak ke air terjun tu mengambil masa beberapa jam dari perkampungan asli. Aku tak ingat berapa jam. Jadi, sepanjang perjalanan ke sana, geng bawah seronok berkaraoke with speaker while kami di atas berkaraoke tanpa muzik hahaha FYI, sepanjang waktu bertemankan karaoke. Untuk ke air terjun tu, pada aku tak mencabar pun. Laluannya biasa je tapi yang tak best nya hujan sejam sebelum naik, jadi nak tak nak memang berperanglah dengan pacat yang sangat sangat banyak 😂 Sampai je di air terjun, agak sendu ya. Tak best sebab tak boleh mandi ramai-ramai dan kawsannya agak sempit tapi sangatlah fresh. 






Next sepatutnya kami ke tapak rafflesia, tapi sebab hujan confirm tak mengembang. jadi kami skip rafflesia dan ke Air Terjun Sungai Ruok. Haaa yang ni besttt seronok mandi tak puas weyyy walaupun berjam-jam kat situ. Pun sama juga, laluannya biasa je dan tak jauh ke dalam. Kawasannya sangat menenangkan dan segar.







Setelah puas mandi, tiba di houseboat, mestilah terjun tasik dan berakit sehingga maghrib. Semua orang wajib terjun tasik dengan gaya tersendiri. Masa ni sangatlah meriah dan terhibur. Pelbagai gaya diaksikan. Ada juga yang berakit. Aku, dah puas mandi tasik, naik atas rakit. Rakit hanya ada satu, dan dikawal oleh felo lelaki pada masa tu. Memang silap lah, yang naik rakit semua kena buli sampai terbalik rakit dibuatnya hahahaha Aku salah seorang mangsanya. Sumpah aku rasa seronok sangat sangat.




Malam pula lebih kepada leisure iaitu main game je. Meriah dia memang tak boleh bawa bincang. Malu kau boleh campak dalam tasik. Masa ni kalau malu, memang kau out of zone and tak sporting. Memandangkan kami semua dah memang kenal, jadi untuk berasa malu tu hmm susah sikit lah kot 😂 Lepas puas main games, pukul 10 aktiviti bebas. Ada yang karaoke, werewolf, memancing dan tidur. Aku pada awalnya bermain werewolf, kemudian memilih untuk naik atas dan stargazing. Subhanallah, bulan dan bintang cantik sangat malam tu, bertemankan cengkerik dan alunan karaoke. Tengah sedap layan bulan seorang diri, datang pula 3 orang ajak bercerita. Ingatkan bercerita benda kelakar ke rupanya pasal hantu, jin, dan ada drama air mata dipenghujung. Target aku pada malam itu adalah tidur awal sebab aku turn aku untuk masak breakfast esok, hanya mampu merancang. Tiga pagi baru masuk bilik. Barai sangat.


Hari ketiga tak banyak aktiviti. Sebelum breakfast, masing-masing diberi peluang untuk mandi tasik sebelum houseboat bergerak pulang ke jeti. Manakala aku dan 3 orang rakan, bertungkus-lumus memasak dan mengemas di dapur. Pada 10 minit pertama je berempat, kemudian tinggallah berdua je dengan kawan aku. Kami berdualah yang masak, kami berdua juga lah closing. Closing sangatlah penat. Niat di hati nak mandi tasik juga tapi aku memilih untuk utamakan tanggungjawab yang diberikan. Terima kasih diucapkan kepada mereka berdua kerana lebih mengutamakan mandi tasik dan main phone. Dan of course lah kami berdua orang terakhir yang bersiap.

30 minit sebelum sampai jeti, sedikit refleksi dari semua dan bergambar. Terima kasih kepada abang-abang Aman Damai Houseboat. Korang memang best, sporting dan ramah sangattt. Semoga kalian dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah. Aamiin.


All good things are wild and free.