Hai!
Semalam aku iftar dengan kawan-kawan sekolah dulu. Kawan dari sekolah rendah... Asalnya nak beraya bersama, tapi ada antara kami yang balik kampung di negeri lain jadi we're planned for having an iftar together. Memang betul-betul last minute punya planned.
So masa dalam kereta, just catch up the latest news. Rupanya ramai kawan-kawan sekolah yang dah kahwin, ada juga yang baru bertunang, yang baru bersalin, yang dah bercerai, dan yang dah meninggal. Dalam umur macam ni, memang macam-macam yang akan kita jumpa dan lalui, kan?
After iftar, kami lepak uptown. But then we're decided untuk duduk bersembang je. Entah macam mana tiba-tiba throwback perangai masa sekolah dulu. Nakal juga kami dulu hahahaha form one dah nakal. Izinkan aku mengimbau sedikit zaman persekolahan aku...
Aku jenis bergaul dengan semua orang, baik lelaki mahupun perempuan. Setakat sepak terajang ni kira perkara biasa... tapi ni zaman sekolah je. And because of this ada la pros and cons nya. Aku ingat lagi, aku dengan geng aku, kami memang tak minat subjek Geografi, so sebelum exam, kami upah seorang kawan lelaki untuk dapatkan kertas soalan tu hahahaha pernah juga ponteng kelas dengan sengaja dulu. Mula-mula tu pergi koperasi sebab nak binding, tapi terambil masa pulak binding tu last-last lepak kat koperasi sampai habis waktu. Takut nak masuk kelas sebenarnya, that's why dah alang-alang tak masuk separuh masa maka teruskanlah sampai habis 😂
Banyak lagilah benda-benda jahat dan nakal yang kami pernah buat dulu. Ada yang dah lupa, tapi bila bersembang semalam terus macam seriously??? 😁😂😂 Taklah nakal sangat dulu, ada je benda-benda baik yang kami buat 😄
Yang kenal aku mesti akan cakap nama aku tak sama dengan perwatakan aku. Hanya yang tahu je tahu 😄
Anyway, nak cerita lebih-lebih macam tak best pulak kat sini. Make it short, here's some photos taken... Sanggup redah jammed semata-mata nak cari port lawa untuk bergambar 😂
They know how crazy I am and I love em all.