Annyeonghaseyo!
Benda yang paling aku nak buat, akhirnya dapat juga! Dari dulu teringin nak pergi penjara. Nak tengok kawasan, cells, cara pergaulan, the reason why they're in there and macam-macam lagilah. I didn't expect Psychology pun ada Forensic Psychology subject's. Such a cool. Dari sekolah rendah aku memang minat benda-benda macam ni especially yang melibatkan crimes. Not that aku suka do criminal things but keinginan nak tahu why people commit crimes. CSI, Criminal Minds, NCIS, Hawaii Five-O, Law & Order and many more. Suka sangat benda yang melibatkan siasatan dan mahkamah.
Even dari kecil my mom selalu ingatkan aku untuk jangan terlalu berani. Think before take actions. Dulu zaman sekolah aku memang jenis tidur lewat, so tahu jelah lewat malam ni macam-macam boleh berlaku. Pantang dengar bunyi pelik-pelik, mesti aku akan cari dari mana datangnya bunyi tu, kenapa berbunyi, apa yang menyebabkan bunyi tu hahahaha
Okay, back to the topic. Khamis 18 April 2019. Under Forensic subject, we went to the Penjara Kajang as Community Assignment. So 6.30 AM bertolak and around 9 AM sampai. Dalam bas tu tak larat bangun tidur, bangun tidur tak sampai-sampai lagi 😂 Sampai je sana, buat lawatan sekejap area-area dalam. Dapat tengok klinik kat situ. Inmates ramai yang cantik, lawa. Hmm then sempat jugalah meronda tengok spa, bilik jahitan, lukisan batik, tempat makan (itu pun sebab pergi tandas, kalau tak jangan harap dapat tengok) tapi tapi malang sekali tak dapat masuk tengok cells sebab tak cukup masa. Sedih... 😩
9.30 AM bermulalah aktiviti yang sudah dirancang. Kawasan yang diberikan hanyalah cukup-cukup untuk jumlah inmates yang diberikan. Slot pertama adalah zumba. Agak kecil kawasan tu untuk berzumba but we did it! Slot kedua ice-breaking. Masa ni dah boleh ngam dengan inmates. Semua baik-baik je and aku tengok masa ni dorang happy sangat main bersama.
Slot ketiga Word of Strings. Yang ni nak tengok teamwork antara mereka. Lukis apa-apa yang dorang nak menggunakan marker pen and strings. They can't hold or write using marker with their hands. Yang ni aku tak pasti the flow sebab masa ni aku and few of my friends went to ladies, balik je dah habis 😂
Slot keempat Color Your Future. Yang ni boleh tahan syahdu jugaklah tengok drawing dorang semua. Untuk group aku, there's 5-6 inmates kalau tak silap. Sorang lukis gerai burger and when I asked her, why, she said that itu impian dia bila dia keluar dari sini. Untuk buka gerai burger rainbow. Dia siap promote lagi tempat yang ada jual burger rainbow 😂 While inmate sebelah kiri aku pulak, lukis bunga. Dia sukakan bunga. Katanya, bunga ni bukti menunjukkan sifat kewanitaan. Sifat wanita ni lembut, macam tu juga dengan bunga. Kalau tak dijaga dengan elok, mesti akan layu dan mati. Anak-anak dia pun sukakan bunga dan di rumah banyak sangat bunga especially rose. Okay, kat sini aku boleh katakan sifat akak ni macam bunga. Bersembang dengan dia pun lemah lembut je, suara pun dengar tak dengar. And berdasarkan apa yang dia cakap, I can interpret what she really means. Oh ada sorang ni dia memang lukis Henna, and since dia dah lama tak bermain Henna, so hari tu dia lukis dan bermain dengan color pencil macam dia tengah lukis Henna. Lawa sangattttt
Next, slot kelima RnR Hati. Masa ni banjir beb. Slot ni more to express emotions. So masa ni lah nak tanya apa pun boleh. There were 3 inmates depan aku. Dua masuk situ because of drugs. Tengah rancak borak, one of them tanya pendapat aku, apa perasaan anaknya yang berusia 11 tahun bila tahu mak dia dalam penjara? Macam mana budak tu hadap? Apa budak tu akan fikir pasal dia? Masa ni aku terdiam jugaklah and nampak slowly bergenang air mata dia tapi dia berpura-pura kuat. I can see that. Sorang lagi ni unexpected and I was shocked. She's someone yang viral, kes pengasuh dotdotdot orang mengutuk dia, media putar belit cerita. Man, kesian dia. Bila dengar full story, masa ni air mata dah bergenang tapi belum mengalir lagi. How could media did that to her? It was unethical! Kalau aku, aku akan saman pihak yang bertanggungjawab. It's not fair! Yes, memang dia bersalah buat macam tu, but tak sepatutnya media tokok tambah cerita yang tak sepatutnya especially those photos. Eh panas aku. Because she was panic when it happened. Aku mengaku, bila panik memang tak boleh fikir rasional. Bila hilang panik tu baru sedar, why I did that? Aku pun pernah panic attack so aku faham perasaan dia. Dia seorang yang lemah lembut, bercakap pun sopan je.
Last adalah slot Relaxa Sesuine. Slot ni inmates diminta tulis apa yang dorang rindu sangat-sangat and apa yang dorang akan buat bila keluar dari sini. Mostly nak jumpa family lahh siapa je tak rindu family kan? Then, at the end of the slot, sorang inmate ni sukarela nak menyanyi as a thanked for coming here and souvenir for us. Dorang ucap terima kasih so many times sebab dorang kat situ sangatlah bosan. Tak tahu dunia luar, nak bercerita pun susah because they're not sharing their stories with their friends in there. It was a great thing that we came. Okay, terus-terang, masa dia menyanyi, aku pecah. Memang tak boleh tahan dah, last last banjir jugak. Punyalah tahan tak nak nangis 😂 She sang Setahun Sudah Berlalu by Alleycats. Serious talk, lagu ni pernah jadi favourite aku zaman sekolah dulu. But bila dengar dia menyanyi and aku cuba letakkan diri aku kat tempat dorang, yes aku menangis. I can feel it. Luckily, bukan aku je yang ternangis, some of my friends pun nangis juga pheww. Nampak je kasar, tapi hati tisu 😂😂😂
At the end of the slot, bersalaman dan berpelukan. It was unexpected but yeah glad I came here. Sambil berpeluk tu pun I can't stop crying. Aku ni dah lah jenis susah stop nangis, that's why I hate crying so much. Tapi apa boleh buat... It was lovely and I love warm hugs 😍
So here's some photos taken, since tak boleh ambil gambar kat dalam...
I've learned a lot. Every human is like all other humans. Every experience is meant to teach us something new. Lesson learned.