Aborigines Program

Hi! Kali ni aku nak story tentang program baru-baru ni iaitu Program Semaian Kasih bersama Anak-anak Orang Asli yang berlangsung pada 5-7 April 2019. Program ni sebenarnya salah satu qualitative research kami. Kami kena interview anyone yang kami nak for data.

Brooo setiap minggu ada program bro. Sis penat dan letih. Nasib baik jugaklah semester ni assignments more to presentations, fieldworks/ field-trips and proposal. Nampak macam sikit je kan? Tapi the process, Ya Allah tambah pulak semester ni aku terlebih aktif persatuan sikit. Itu yang jadi busy jugak 😅 Haaa nak sangat sibukkan diri sebab malas pkiaq benda bodoh kann? Terimalahhh~ 😅

Okay, back to the topic. Program ni buat kat Ulu Slim. SKPB ni sebenarnya aku dah pergi banyak kali sebab my mom pernah mengajar situ and my dad pernah buat program disitu jugaaa so agak familiar lah kawasan situu huhu

So gerak ke sana around 12 PM. Maklumlah kami semua gegirls je so tak kalutlah dengan solat jumaat. Sampai sana, weh panas dia tak boleh bawa bincang. T-shirt hitam yang aku pakai tu ingat dah boleh cover peluh, bro nampak peluh kat t-shirt tuuu 😂😂😂 Sampai sana chill dulu and around 4.30 PM dah start bergaul dengan budak-budak tu sebab dorang terlalu bising and there's no teacher(s). Maka, bermulalah sesi LDK ice-breaking. There's a few games that we played plus karaoke since they love singing hahaha malam pulak kami buat mini tuition.

Memandangkan there's no teacher yang guide dan tidur di sekolah tu, maka kami terpaksa berjaga gilir-gilir and aku berjaga malam pertama pukul 11PM-1AM. Brooo nak buat dorang tidur susah sangatttt. Bayangkan, masa tu pukul 12.00 AM, tengah sunyi sepi gelap gelita, tetiba sorang nangis cakap nampak 'something', habis yang lain ikut nangis. Satu hal pulak nak memujuk, peluk sorang-sorang. Sorang batuk, semua batuk. Sorang je nak pergi tandas, semua nak ikut pergi tandas. Budak lelaki aku tak pasti sebab tu orang lain yang jaga. Weh, aku kena jaga 31 budak perempuan selama 2 jam untuk dorang tidur, sangat perit. Nak nangis aku, dah la aku penat dengan pagi tu kelas direct 3 jam, lepas kelas terus gerak ke sekolah ni. Direct tak rehat sampai malam, kena berjaga plus aku tak mandi lagi masa tu weh. Last mandi pagi sebelum pergi kelas skhashgahfgshfgajsas but aku berjaya tidurkan mereka sepanjang turn sentry aku muahahaha untung yang sentry lepas aku, tak penat dah huhu

Around 1.30AM aku tak tahan dah sakit kepala gila terus pergi mandi basahkan kepala. Masa tu aku tak fikir apa dah weh asal dapat mandi je, aku bersyukur sangat. Elok dah habis mandi, baru teringat sekolah ni boleh tahan keras. Memanglah dah diperbuat daripada bata lol Fresh gila weh dapat mandi pukul 2 pagi sorang-sorang. Heaven and Earth. Sebab masa tu memang dah letih, lepas mandi terus tidur. But nahh I can't sleep. Kejap terlelap eh ehh terjaga pulak pastu terlelap balik. Last-last sumbat earphone, pasang satu lagu last yang aku played sebelum datang sekolah ni. Ulang je lagu yang sama banyak kali hahaha Maklumlah, line coverage digi, maxis hilang dari radar 😂 Apa yang aku rasa kelakar, bermula 5.30 AM sampailah 6.30 AM, aku dengar macam-macam jenis bunyi alarms. Tapi sorang pun tak bangun weh. Tuan punya alarm sendiri pun tak bangun hahshashahahshj

Next day, macam biasalah breakfast and sukaneka. Sukaneka ni sampai pukul 12 PM tau tapi pukul 9AM matahari dah terik weh. Sukaneka ni aku tak berapa ingat dah games yang dijalankan.

Ni team aku. Team Harimau. Dari awal sampai habis program.



Then, lunch. Okay, petang tu planned buat culture exchange but hm krik krik jadi kami tukarkan kepada dua slot. Slot pertama, bincangkan idea untuk malam kebudayaan dan slot kedua jalan-jalan, tengok kawasan dengan budak-budak ni semua.

Untuk slot pertama, perbincangan dan latihan untuk malam kebudayaan. Team Harimau akan menari je. Lagu apa aku tak ingat tapi tradisional laaa.




Masa slot kedua tu, sangat kucar-kacir. Dengan kedegilan budak-budak ni maklumlah kawasan dorang, memang degil lah. Penat uruskan dorang sebenarnya but we managed it well. So, habis jalan-jalan terus ready untuk malam kebudayaan. Guess what, team aku last minute tukar lagu kepada Original Sabahan dan practice tarian betul-betul sebelum majlis bermula. Semua steps baru berlatih masa tu hahahaha but heyyy! Budak-budak menari atas pentas, kami berdua menari kat belakang. So that dorang boleh ikut and tak lupa steps. Nampak tak punya gigih akak-akak fasi nii



Habis majlis, minum malam and tidur. Masa ni pun aku tak boleh tidur weh. Kejap jaga, kejap tertidur. Badan letih sangat pun susah jugak. So pagi esok pulak kami jalankan qualitative research and explorace. Checkpoint aku ialah Model Surat Khabar. Well, cliche kan? Alah main simple-simple dah laaaaaaaaa so here's sedikit gambar yang sempat diambil





Kemudian, majlis penutup. Overall, everything under controlled and a lot of fun walaupun letih. Actually, other than outdoor sports/activities, aku suka program macam ni jugak sebab dapat berkomunikasi bersama komuniti.







The only source of knowledge is experience - Albert Einstein.