A Hectic Week

Holla! Greetings everyone! I'm quiet busy starting this semester. Pheww! Bayangkanlah started first week of new semester, dah kena pergi kem wow! Then, meetings every night. Penat gila.

So back to the topic. A hectic week bermula pada 11 March 2019 till 17 March 2019. Okay, 11-15 March was International Psychology Week. So, seminggu tu ada macam-macam programmes dan aku terlibat 4 of 7 programmes. Sumpah penat. Dua minggu sebelum program, meeting malam-malam, buat itu ini, jujur exhausted masa ni. Here's a few photos taken



Ni program bersama AimanPsikologis

 



Okay, sikit-sikit sudahlah kot ehh hahaha so 15 March settled #In-PsychWeek programmes, and guess what 15-17 March program lain pulak hahahahaha penat tak habis lagi oii

15-17 March program under UKLK di Pulau Pangkor. So yeah, aku anggap program 3 hari 2 malam ni as a short escape after a crazy long week. Sebab jumaat petang dah bertolak ke Pangkor. At night, kami just discuss and memurnikan lagi aktiviti untuk hari esok bersama pelajar sekolah rendah. Then, esoknya agak memenatkan. Tentatif banyak berubah and semua last minute, but Alhamdulillah we managed it well.

Welp, as usual aku AJK PDI
There's something happened. Kau bayangkan last minute bagitau majlis penutup yang sepatutnya hari Ahad tetiba jadi Sabtu petang sebab cikgu sekolah tu nak habiskan hari yang sama peh kelam kabut siapkan montaj sampai tak lunch kauuuu haaaa pastu kan yang paling emosi nya bila dah siap edit montaj, nak export tu eh ehh besar gedabak pulak watermark nyaaaa Ya Allah. Lagi unexpected, AJK teknikal tak bawa adapter untuk projector nahh laptop aku pun kena guna adapter and aku tak bawa jugak ehee haru-biru cari laptop lain. Last-last pinjam laptop cikgu, Alhamdulillah ada juga.

So montaj yang dah siap tu cubalah play kat laptop tu and guess what, tak boleh play dalam laptop tu hsajhsjahdhsfsk and paling stress, majlis dah bermula. Bayangkan, aku terpaksa postponed tayangan montaj pada awal majlis tu. Masa tu satu je yang aku fikir, do it again!

So, masa tu juga aku edit montaj, buat semula. Install software pun masa tu juga. Alhamdulillah, montaj siap tepat sebelum emcee habiskan pantun tayangan montaj. Sangat mencabar weh. Tinggi juga kesabaran aku masa ni huhuhu

So here's a few photos taken on that day



 


Next, habis je program di sekolah ni terus balik resort. Ada yang mandi pantai, jalan-jalan etc. Aku pula menikmati sunset. SubhanAllah cantik sangat-sangat. Terpegun tengok.



Then, malam post-mortem. For the first time in my life, dalam banyak-banyak post mortem yang aku pernah pergi, kali ni buat aku ternangis. Mungkin sebab agak stress in the making of montage. Ye lah, lunch pukul 4pm. Kau rasa? Dah la minum pagi pun tak sempat, minum petang pun tak sempat. Stress oh dengan lapar, panasnya lagi.

But, Ahad aku betul-betul lepas stress. Ahad tu party untuk kami semua. Island hopping, snorkeling, and played some water sports. Puas aku jerit masa main Marble hahaha

Masa ni tengah tunggu boat, so acah-acah lah sikit bergambarnya
Walaupun kaki ada luka sikit-sikit dek terpijak corals, sis tak kisah janji sis happy
Tengah tunggu turn untuk water sports
 




Maka, berakhirlah sudah entri kali ini. Untuk water sports sis tak ambil gambar. Cuma ada video je huhu jadi sis tak upload kat sini.

Overall, penutup minggu yang power and satisfied. Isnin sampai Sabtu dah korbankan masa, tenaga untuk program dan Ahad aku lepas semua penat kat Pangkor. Alhamdulillah, everything went well. Walaupun muka berbelang, kaki luka terpijak corals, sis sangat berpuas hati.



Enjoy every moment ⏳