Heyyo! Operation? Yes, just a simple one. Alhamdulillah everything went well.
Dalam bulan March gitu aku nekad pergi check-up kat klinik swasta tanpa pengetahuan parents aku. Yes, lepas buat check-up, doc minta rujuk pakar. Ikutkan hati ni, kalau boleh tak nak bagitahu parents aku pasal ni sebab tak nak susahkan dorang and tak nak buat dorang risau tapi apakan daya bila kena pergi hospital nak tak nak kenalah bagitahu huhu
Balik dari klinik tu, I admit aku menangis sampai merah hidung, takut punya pasal. Lepas tenangkan diri, petang tu jugak aku bagitahu mak aku. And I didn't know yang mak aku terus call ayah aku like few minutes later ayah aku dah balik kerja... what...? 😅
So, after a few weeks aku pergi buat check-up kat KPJ. Doc yang bertugas that day tak ada perempuan hmmmm dah datang dah takkan nak balik gitu je kan? So redha je la doc lelaki pun. Alhamdulillah, doc cakap this is not an emergency case. Kalau tak nak operate lagi pun takpe tapi soon akan effect masa aku pregnant sebab preggy women kan breast becomes bigger so yeah lumps tu pun akan besar juga and akan bernanah and it's gonna be so hurt. Seram, tapi memandangkan aku tak pregnant lagi apatah lagi kahwin so take it easy laa hahaha
.............................................................................................
Ok. Let me explain. Breast lump. Jangan ingat perempuan je, lelaki pun ada jugak terlibat dengan kes ini. So please do breast self-examination. Just in case. Oh and benda ni selalu berlaku among 20's and late adulthood.
.............................................................................................
Ok, back to my case. Makin lama aku dapat rasa lump tu makin besar. Sumpah scary. Aku target lepas raya haji hari tu nak operate tapi nenek aku pulak masuk hospital, hips dislocation. Then, I decided lepas semua selesai baru aku nyatakan hasrat aku. Lepas ulang-alik hospital several times, dapat juga set appointment. Day care. So tak perlulah bermalam di hospital yeay!
On that day, aku ingat lagi masa tengah hari. Serious aku cakap aku ingat dorang nak buat scan ke apa dulu tau sekali aku dibawa ke operation theater hmm tapi okay jugak. At least takde lah aku cuak sangat. Masa ni memang aku tak fikir apa dah walaupun nampak beberapa orang dibawa keluar dari OT and lepas ni giliran aku, memang aku tak rasa apa dah.
Aku tak ingat berapa lama surgery tu. Yang pasti kejap je sebab masa aku keluar dari bilik bedah, aku masih under bius so mampu dengar je apa yang nurse-nurse situ berborak tapi tak mampu buka mata. Apa yang aku dengar dorang tengah bincang nak makan apa untuk lunch hahahaha masa tu aku rasa nak bangun nak keluar dari sini sebab aku lapar. Bayangkan, last aku makan nasi tengah hari kelmarin. Malam aku hanya minum air lepas meeting camp. Puasa sampai 1 pm. Wehh nak nangis aku, dah la gastrik.
Lepas je masuk wad, mampu tidur je. Dalam 2 pm macam tu aku tak mampu tahan perut kosong and hentam satu bungkus nasi ayam. Masa ni tak rasa sakit langsung maklumlah ubat bius masih dalam badan. Tapi kan dalam keadaan macam ni pun lepas tu aku ajak ayah aku keluar cari makan sebab nasi tadi tak cukup. Nak nasi gorenggggg hahaha ok skip skip skip
Dapat MC 12 days. Tapi hahaha selepas beberapa hari surgery, aku pergi camp like what the heck? Are you serious? You're still in recovery from surgery, why...? Letih jugak dengar mak aku bebel, tak boleh itu, tak boleh ini. Baiklah akan ku turutkan. Nak kata tak lasak hm kalau driving pagi malam, masuk keluar hutan, dikira lasak tak? Kalau angkat barang-barang berat lepas surgery, dikira lasak tak? Hmmm
OK SKIP. Lepas camp, aku pergi hospital semula for follow-up. Alhamdulillah, keputusan makmal menyatakan wahhh ayat, ok it's not cancer cells tapi aku kena buat check-up every year. Oh lupa pulak, lump tu kannn aku ingat satu je tau. Doc pun kata ada satu tapi bila operate boom! It's a twin! Tapi besar wey lumps tuu. Satu besar telur ayam, kembarnya besar guli hmmmmm Anyway, Alhamdulillah walaupun pergerakan agak terbatas, everything went well.
So gais, please do BSE atau pun pergi check kat klinik/hospital. Penting tau, untuk diri sendiri jugak. An apple a day, keeps the doctor away.